Wednesday, March 31, 2010

Pen merah..


Kenapa pen merah?

Bagi aku pen merah ni amat unik. Pernah suatu hari tu aku pergi pasar untuk beli ikan. Apabila masuk pasar, peniaga di situ terus menegur, “mau beli ikan apa, cikgu?”. Amboi.. di dahi aku ni ada cop mohor GURU ke. Mudah sangat orang teka pekerjaan aku.

“Macam mana kitak tau kamek cikgu?”
“Nah, mun ada pen merah nya tok cikgu la”

Aku menjeling pen merah yang masih lagi terselit di kocek baju aku. Betul juga kata bujek ni. Rasanya cikgu sahaja yang sentiasa menyelit pen merah di kocek baju. Pen merah sudah menjadi seperti identiti.

Pen merah diperlukan semasa memeriksa kertas dan buku latihan murid. Pen merah aku lebih banyak dari pen hitam atau biru. Ada kalanya aku terfikir, adakah aku ini seperti pen merah. Berfungsi sekadar untuk menanda yang betul dan memangkah yang salah tanpa membetulkan yang salah itu.

Itu sekadar analogi sahaja. Aku tidak akan biarkan diri aku berfungsi seperti pen merah. Tugas aku adalah untuk mendidik. Tugas inilah yang sentiasa aku pikul walau di mana sekalipun aku berada.

Kamus Bahasa Bidayuh
Bujek : pakcik

No comments:

Post a Comment