Saturday, July 18, 2009

Kurikulum Baru Mantapkan Bahasa Inggeris Diperkenal Tahun Depan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperkenalkan kurikulum baru bagi memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris (MBI) bagi peringkat rendah serta menengah selewat-lewatnya Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kurikulum baru itu akan menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran sedia ada dan tambahan termasuk muzik, sastera, ’choral speaking’ dan sebagainya. - Bernama

..............................................................................

Kalau kurikulum baru, tentu ramai guru BI yang akan berkursus tahun depan. Dah lah setiap sekolah ada masalah kekurangan guru BI, terpaksalah muid-murid ditinggal-tinggalkan. Apa-apa pun aku setuju dengan kaedah dan kesungguhan kementerian memantapkan BI. Kami guru bersedia untuk berkhidmat.

Antara Aspek Kelemahan BI di Peringkat Sekolah Rendah

1. Kekurangan Guru BI
Contohnya, sebuah sekolah yang ada 12 kelas tetapi hanya ada 2 orang Guru BI. Akibatnya 2 orang guru itu terlalu terbeban. Akibatnya juga guru lain dipaksa/terpaksa mengajar BI.

2. English syllabus
Syllabus yang ada sekarang tidak menggariskan elemen-elemen bahasa yang perlu diajar/dipelajari pada satu-satu tahap berbandingan syllabus lama (sebelum 1983). Dalam syllabus lama, semua aspek/elemen bahasa yang perlu diajar/dipelajari oleh murid pada satu-satu tahap sudah disediakan. Ini membolehkan mana-mana guru boleh mengajar walaupun dia buka guru BI. Pada ketika itu, guru pengkhususan AM bukan seperti sekarang. Contohnya, pada Primary 3 murid sudah mula belajar tajuk 'Comparison of adjective'.(good,better,best). Banyak kebaikan syllabus lama. Tak dapat hendak cerita di sini. Ini kesilapan kita menukar syllabus BI semasa kita menukar kurikulum lama (KLSR kepada KBSR dalam 1983). Semua kita tidak berani hendak sebut perkara ini kerana ini merupakan kesilapan besar. Apa yang kita berani sebut sekarang ialah, guru BI lemahlah, hendak import guru BI lah dan sebagainya. Macam-macam ada. Sekadar cetusan minda. terima kasih.

kredit to Cikgu Andrew Sirai ak Benang, Guru Besar SK Penghulu Imban

Thursday, July 9, 2009

PPSMI : Ke mana hendak dituju..

Malaysiakini : Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.
...........................................................................

Dain : Penolakkan dasar PPSMI bukan satu kegagalan dalam P&P Sains dan Matematik. Objektif PPSMI tidak tercapai adalah disebabkan kurangnya bilangan guru opsyen Sains dan Matematik. di sekolah-sekolah khususnya sekolah luar bandar dan pedalaman. Di kawasan pedalaman seperti ini, subjek PPSMI diberi kepada guru yang bukan opsyen. Lebih sukar lagi apabila guru yang baru tamat pengajian / latihan, kurang pengalaman, diberi tanggungjawab untuk melaksanakan dasar ini.

Tidak perlu menunding jari apabila dasar ini kelihatannya gagal. Antara inisiaif yang boleh digerakkan ialah dengan memperkasakan Institut Pendidikan Guru. Pengambilan guru seharusnya ditambah untuk memantapkan institusi pendidikan rendah dan menengah.

Program KPLI boleh diteruskan dan dimantapkan sebagai satu keperluan segera kerana rata-rata guru pelatih KPLI memiliki ijazah dan kemahiran profesional yang diperlukan. Ada segelintir guru KPLI yang aku temui memiliki ijazah sarjana dan pengalaman profesional, mereka sanggup berada di pedalaman atas arahan Jabatan Pelajaran.

Guru-guru senior di sini juga bukan sebarangan. Mereka memiliki kelayakan akademik yang membanggakan. Ada yang sedang dalam proses menamatkan pengajian peringkat PhD. Berdasarkan pemerhatian yang tidak seluas mana ini, aku rasa kementerian memiliki tenaga pengajar yang berkaliber, namun telah dibazirkan tanpa sedar.

Kepada yang rajin berwacana dan berforum, kepada pembuat dasar, carilah jalan yang terbaik demi masa depan institusi pendidikan negara kita.


Wednesday, July 1, 2009

Perginya Seorang Ulama..


PADA 13 Jun lalu, bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.

Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu. Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham.

Perginya Seorang Ulama..


PADA 13 Jun lalu, bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.

Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu. Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham.