Thursday, December 30, 2010

Kamek Terima Nikahnya

Janggalnya tajuk entri aku kali ni.

Walau bagaimanapun ini sekadar membezakan tajuk entri blog ini dengan blog seorang ustaz yang agak terkenal di alam siber ni.

Syukur Alhamdulillah, pada 27 November 2010, bersaksikan ahli keluarga, aku telah menerima tanggungjawab yang akan aku pikul sehingga Hari Kebangkitan kelak.

Dengan nama Allah SWT, tanggungjawab tersebut diserahkan kepadaku, dan dengan nama Allah SWT juga aku menerima tanggungjawab tersebut.

Kini, aku telah pun sah menjadi suami kepada Khairul Mufidah Ismail.

Majlis Perkahwinan aku berlangsung pada keesokkan harinya, 28 November 2010. Majlis yang berlangsung dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan itu turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai.


Ini antara koleksi gambar keluarga yang sempat dirakamkan. Kesibukan melayan tetamu yang hadir menyebabkan segelintir ahli keluarga tidak dapat bergambar bersama.


Sedikit preview gambar-gambar selepas majlis perkahwinan

Setelah selesai Majlis di pihak perempuan, pada 19 Disember 2010, berlangsung pula Majlis Menyambut Menantu di rumah pihak lelaki di Bota, Perak. Majlis penuh bermakna ini disambut dengan meriah bagi meraikan dua pasangan serentak. Aku dan adik aku berpakat untuk mengadakan majlis bersama agar ia lebih meriah dan menepati kehendak semua pihak.

Pasangan 2 pengantin
Kiri: Pasangan Raja Dain Jazlands Shah & Khairul Mufidah
Kanan: Pasangan Raja Mohamad Hisyamuddin Shah & Nabilah Raihana

Syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi di atas kurnian ini. Semoga sunnah yang turuti ini mendapat keredhaan-Nya dan dilimpahi rahmat sepanjang masa.. Amin..