Tuesday, November 16, 2010

Majlis Perpisahan....



Saspen sikit tajuk entri ni..

Ini majlis perpisahan murid tahun 6. Bukan majlis perpisahan guru. Maklum lah, keputusan pertukaran guru sudah diumumkan pada 15 Nov lepas, jadi rasanya ramai rakan-rakan guru yang dapat bertukar ke negeri atau daerah pilihan, bergantung kepada alasan masing-masing.



Majlis sederhana ini dianjurkan sebagai acara tahunan untuk murid tahun 6. Oleh kerana peratusan UPSR pada tahun ini mengalami penurunan yang ketara, maka suasana majlis yang aku rakamkan ini agak suram dan kurang ceria.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar. Antara kandungan ucapan beliau adalah meliputi analisa pencapaian UPSR 2010, penempatan murid-murid ke tingkatan 1 iaitu ke SMK Tebakang dan makluman tentang pembinaan sekolah baru di daerah Serian iaitu SMK Lobang Batu dan SMK Tebedu.

Seterusnya ucapan dari YDP PIBG, En. Kustin. Ucapan sepenuhnya dalam bahasa Bidayuh. Walaupun begitu, dengan kemahiran berbahasa Bidayuh Band 3 yang aku miliki, dapat lah aku simpulkan intipati ucapan beliau, antaranya menyentuh tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak kerana anak-anak merupakan pelaburan mereka pada masa depan. Anak-anak juga diingatkan supaya sentiasa mengutamakan pelajaran dan berusaha menimba ilmu selagi termampu. YDP PIBG ini memang berucap selayaknya kerana 2 orang anak beliau, Bettina Joseline dan Gloria Avila, mempunyai rekod keputusan yang baik di dalam setiap ujian.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.. Gambar untuk acara ini tidak ada sebab aku pun nak makan juga. Jadi, untuk acara ni abaikan jela.. Akan menyusul entri selepas ini, Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Tahun 2010..

No comments:

Post a Comment