Wednesday, December 16, 2009

1431 Hijrah

Hari ini kita mula menyambut ketibaan tahun baru hijrah 1431.. Apa makna hijrah pada diri aku selama ini.. Persoalan ini kembali bertandang di minda..

Setelah bermuhasabah, berfikir, merenung kembali perjalanan hidup yang penuh warna-warni, aku dapat simpulkan bahawa bagi aku hijrah bermaksud pengorbanan..

Apa yang telah aku korbankan selama ini bagi menepati maksud hijrah itu? Terlalu sukar untuk ditafsirkan persoalan tersebut.

Pengorbanan yang dilakukan bukan untuk dinilai oleh khalayak. Tetapi cukup sekadar menjadi iktibar diri. Biar diri ini dinilai oleh Yang Maha Mengerti. Dia mengetahui setiap pekerjaan hamba-Nya..

Aku cukup gembira dengan apa yang aku lakukan sekarang. Ia menghadirkan satu kepuasan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Istikharah ku semasa membuat pilihan ternyata amat tepat. Tuhan tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak terdaya dipikul oleh hamba-Nya. Syukur Alhamdulillah..

Ternyata Tahun Baru Hijrah kali ini menjanjikan cabaran yang besar buat aku..

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431..

Tuesday, December 15, 2009

Layout baru

Kali ni aku nak cuba letak layout baru untuk blog aku ni.. Aku ambil yang free je kat internet ni.. Sekiranya terdapat persamaan dengan blog-blog lain, jangan melatah sebab korang pun ambil yang free gak macam aku.. Sebarang persamaan adalah tidak disengajakan.. Sebagai penjenamaan semula blog ini, dengan rasminya aku tukarkan nama blog ini dari nama Sekolah Atap kepada Jurnal Sekolah Atap.

Saturday, December 5, 2009

1 tahun berlalu

Lama aku tak update blog ni.. Hampir setahun berkhidmat di Sarawak, banyak perkara yang aku perolehi di sini.. Kegembiraan, kesedihan dan kerinduan, segalanya tertumpah di sini. Aku akan terus berkhidmat di sini sehingga tiba masanya untuk beralih angin.

Tiada apa yang dapat aku kongsi di sini tentang pengalaman yang diperolehi. Segalanya dirasai dan tersemat di dalam minda sebagai iktibar diri. Pengalaman ini hanya yang merasai sahaja dapat memahami.

Kontigen rumah-rumah sukan SK Mentu Tapu

...................................................

Lawatan 1 Malaysia

Teringat pada keluhan seorang kawan yang khuatir jika diarahkan untuk berkhidmat di Borneo. Tiada nasihat yang dapat aku beri. Cuma yang dapat aku katakan, datang sendiri dan rasai pengalaman di sini..