Tuesday, February 23, 2010

Imbas Kembali

Hari ini tiba-tiba saja aku teringat pada pengalaman lama semasa belajar dulu. Esok 24 Februari. Genap lima tahun pengalaman bermakna yang telah lama aku tinggalkan. Pengalaman ini begitu berbekas di hati sehingga mempengaruhi pandangan aku terhadap kehidupan sekarang.

Berbicara tentang pengalaman, aku suka mengajak sesiapa yang membacanya untuk menilai dan memikirkan sesuatu. Pengalaman yang aku lakar ini pernah di post dlm blog aku yang terdahulu. Tetapi oleh sebab blog tersebut sudah tidak releven, maka ia ditamatkan..

24/3/05 jam 9 pagi, aku memulakan rutin biasa untuk mengumpul data bagi menyiapkan projek sarjana muda di jeti Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS. Seperti biasa, aku dan sahabat memulakan rutin check sebelum melakukan scuba diving. Scuba diving untuk kali yang entah ke berapa, aku pun tak ingat. Bukan aku tak ada buku log, tetapi kebanyakan selaman tidak dicatatkan.

Scuba diving merupakan aktiviti yang paling aku suka. Kalau anda semua berpeluang untuk pergi diving, tentu faham apa yang aku maksudkan. Menyelam ke dasar laut mengajar aku banyak perkara. Mengajar aku tentang tawakal, kesabaran dan tawaduk. Apabila berada di dasar laut, penggantungan nyawa hanya pada Allah SWT. Keadaan diri sentiasa bersedia. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, aku mohon semoga Allah SWT menerima aku dengan penuh rahmat dan keredhaan-Nya. Aku kata begini sebab aku dah merasai saat-saat cemas di dasar laut. Hanya Allah SWT tempat bergantung.

Tidak perlulah aku ceritakan di sini, biarlah aku simpan pengalaman ini sebagai salah satu catatan pengalaman untuk dititipkan kepada anak-anak aku yang akan membacanya.

Allah SWT jadikan alam ini dengan penuh keajaiban bagi mereka yg mahu berfikir.. Selain daratan, kita juga perlu menerokai lautan kerana di situ terdapat jutaan bukti kekuasaan Allah SWT. Berada di dasar laut dapat menenangkan hati aku. Seolah-olah aku berada di dalam rahim ibu untuk kali yang ke-2.. Tiada satu pun bunyi yang kedengaran. Yang ada hanyalah deruan nafas sendiri. Berenang dengan perlahan-lahan sambil meneliti keindahan dasar laut..

Kini aku kembali ke Borneo. Mencari dan mengutip kembali kenangan lama yang tertinggal di sini (Sabah & Sarawak)..

Monday, February 22, 2010

Hidup dengan rasa bersyukur..

Kadang kala terasa kepayahan dalam hidup ini. Namun semua itu terpaksa dilalui dengan keupayaan yang seadanya, yang termampu, selagi nafas nyawa masih tersisa di rengkung jiwa..

Dalam menjalani kehidupan ini, apa yang dicari sebenarnya.. Semenjak mumayyiz sehingga saat ini, masih memikirkan apa yang sebenarnya yang ingin dicapai..

Hidup dengan rasa bersyukur.. Itulah jawapan yang dicari selama ini. Tanpa rasa bersyukur sudah pasti segala yang dilakukan tiada erti kerana kurangnya penghayatan dan kesungguhan.

Syukur, perkara biasa yang kita dengar, sering diulang ungkap di mana-mana sahaja. Tetapi sejauh mana kita menghayati maknanya dalam kehidupan.

Dengan rasa bersyukur, menjadikan kita sentiasa sedar akan hakikat diri sebagai hamba. Kita amat sedar bahawa Allah SWT telah memenuhi segala keperluan fitrah dalam hidup kita. Dengan kesedaran itu, kita akan sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan sebagai bukti rasa kehambaan masih wujud dalam diri kita.

Inilah manifestasi kepada rasa bersyukur. Berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup. Agar setiap usaha itu akan menerbitkan rasa bersyukur yang teguh dan dapat dikongsi bersama dengan insan lain.

Thursday, February 4, 2010

Kemaskini

Masa untuk mengkemaskini blog aku ni..menyampah tengok blog yang tak update.. bukan sebab malas tapi kekangan masa yang menyebabkan aktiviti siber ni sering tertunda..

Syukur Alhamdulillah,tahun 2010, tahun baru yang dipenuhi dengan tugas dan tanggungjawab yang pada aku sangat mencabar. Tapi aku gembira.. kenapa? setiap hari di sekolah menjanjikan pengalaman yang berbeza dengan kerenah anak murid yang menggembirakan hati aku.

Rasanya aku sudah serasi dengan keadaan di sini. Cara hidup masyarakat di sini sudah tidak asing pada diri aku. Balik dari sekolah pasti ada buah tangan dari orang kampung untuk aku bawa balik. Walaupun tak banyak tapi memadai untuk aku makan sendiri. Beras, nenas, ubi, rebung, buah-buahan, kadang-kadang sampai tak termakan. Aku sedekahkan pada sahabat-sahabat lain yang sudi.

Mulai minggu ni, jadual tugasan aku semakin padat. Waktu petang diisi dengan aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan untuk murid yang memerlukan bimbingan. Tak kisah lah, masa aku tak lah terbuang begitu saja setiap hari.

Esok hari Jumaat.. boleh lah berehat di rumah, sambil-sambil tu merancang untuk buat persiapan bulan Mac nanti..