Wednesday, December 31, 2008

Masa Untuk Berangkat..

Maklumat penempatan sudah diumumkan melalui website KPM. Alhamdulillah, aku akan ditempatkan di bahagian Samarahan. Aku akan berangkat pada 4 Jan 2009 jam 2050. Tapi aku masih belum tahu sekolah yang bakal aku berkhidmat.

Tak kisah la. Aku dah bersedia dari segi mental dan fizikal.. InsyaAllah, aku mampu melaksanakan amanah yang diberikan kepadaku.

Jauhnya aku akan merantau. Ini adalah jihad ku.. Semoga segala urusan ku dipermudahkan oleh Allah SWT..

Sunday, December 21, 2008

SARAWAK - Di ceruk mana aku akan diletakkan?

Adakah aku akan meniti tali seperti ini untuk mendidik anak bangsaku?


Atau, adakah aku perlu menyuluh jamung untuk menerangi jalan?


Atau, adakah aku perlu menyusuri batas ban bersama anak didikku?



Walau apa pun keadaannya, aku perlu kuatkan semangat, kerana aku adalah arkitek bangsa.

Saturday, December 20, 2008

Tempat Posting Kawan-kawan Sekelas Aku - Update 1 Jan 2009

Kepada yang dapat posting jauh ke Sarawak, aku doakan semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di sana. Kepada yang masih berat hati untuk ke Sarawak, mari muhasabah diri. Aku simpati dengan korang, tapi yakinlah tentu ada hikmah disebaliknya..

NORMAZAITUL AKMA BT. ISHAK - LIMBANG, SARAWAK
NURHAFIZA BT. ABDUL MAJID - BINTULU, SARAWAK
NURUL UMI BT. SALEH @ JAPRI - BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
NUR HIDAYAH BT. KHALID - LIMBANG, SARAWAK
NUR SAFURA BT. AZMI - BINTULU, SARAWAK
OOI GEAK HWA - PERAK
PEREMAH A/P RAMASUNDRAM - WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PUSPAVALLI A/P PALAKURU - PERAK
RAHIMAH BT. HASHIM - SELANGOR
RAJA DAIN JAZLANDS SHAH B. RAJA ABD. RAHMAN - SAMARAHAN, SARAWAK
ROSEMARIA BT. IDRIS - SAMARAHAN, SARAWAK
SITI SYAHIDASALWA BT. YAHAYA - SELANGOR
SYAFIAH ADYANI BT. MAZLAN - MUKAH, SARAWAK
VIJAYA A/P SUBRAMANIAM - PERAK
WAN IZULRAHMAN B. WAN IDERIS - BETONG, SARAWAK
SITI KHADIJAH BINTI MOHAMMAD - WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
MOHD KHUSHAIRI B. ROSDI - KAPIT, SARAWAK
MANJA ASIKIN BT
JAMIL - MIRI, SARAWAK
NG HOOI MEI - PERAK
NOR NAJATUL SIMAA BT MOHTAR RUDIN - SELANGOR

Aku Merantau Lagi


Aku baru saja berhajat untuk update blog ni, tapi dah ada yang tanya aku posting mana. Pada pengunjung blog aku, boleh la add aku dalam friendster ye dain_shah@yahoo.com.. hehehe

Keputusan penempatan guru KPLI dah diumumkan siang tadi. Tapi aku dah semak sejak semalam lagi. Aku akan dihantar ke SARAWAK berkuat kuasa 2 Januari 2009.

Sarawak ni memang tempat yang aku pernah terfikir nak pergi tapi bukanlah pilihan pertama aku. Tapi aku percaya pada rezeki, mungkin di sana letaknya rezeki aku.

Impian aku dalam bidang pendidikan ini bukan rendah-rendah cucur atap tapi tinggi melangit menggapai awan. Akan aku daki heirarki kepimpinan KPM. Untuk permulaan, aku bakal memegang gred DG41.

Pagi tadi ada adik kelas aku sms, dia tanya "Dain, kenapa ye setiap perkara yang kita nak, sukar untuk dicapai?".. Kenapa ye.. Jawapan aku senang je.. Itulah namanya cabaran hidup. Hidup ini pasti membosankan sekiranya setiap impian kita senang saja tercapai. Betul tak?

Pesanan aku kepada diri aku, kuatkan semangat. Ini adalah hijrah yang ke-3 dalam hidup kamu. Rasulullah SAW pernah berpesan dalam mafhum hadis baginda, antara lain bermaksud, setiap amal itu berdasarkan niat. Barangsiapa berhijrah kerana harta, dia akan memperolehinya, barangsiapa yang berhijrah kerana perempuan, dia akan memperolehinya.

Jadi, kerana apa hijrahku ini?

Tuesday, December 16, 2008

Tangguh lagi

Penempatan Guru Sekolah Rendah Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Tempatan(IPT) Januari 2009 Boleh Disemak Secara Online Pada 20 Disember 2008

Aku berkobar-kobar nak tahu kat mana aku bakal di hantar untuk mengajar tahun depan. Tp belum boleh tahu lagi, senarai penempatan ditangguhkan sampai 20hb. Berdebar-debar dah ni..

Friday, December 5, 2008

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
Terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
Penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
Tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
Sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

Yang mengangkat harga diri dan maruah
Dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
Dengan kelkhlasan had dan pasrah
Dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
Yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
Berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.

Dia seorang guru pengganti ayah ibu
Dia seorang guru pembentuk generasi baru
Dia seorang guru pembina insan sepadu
Dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
Yang terus hidup sepanjang waktu
Diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

sajak di atas aku ambil dari blog http://blog.azhad.com..

Penempatan guru sandaran terlatih akan diketahui tidak lama lagi. Di mana agaknya aku akan dihantar nanti?

Thursday, December 4, 2008

Darah Satria

Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langit-Nya kami bernaung
Rasa kasih tercurah

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan negara

Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Darah Satria
Darah Satria
Berkorbar di dada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia

Darah Satria
Darah Satria
Darah Satria

Awwal Kalam

Ini adalah permulaan aku untuk menulis dalam ruangan maya yang dinamakan blog. Di ruangan ini, aku ingin jadikan medan untuk merakam liku-liku hidup aku sebagai guru. Agar segala pengalaman sama ada pahit mahupun manis dapat di kongsi bersama.

6 Disember 2008 adalah hari terakhir untuk aku berada di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH). Sepanjang aku mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di sini, terlalu banyak pendedahan dalam dunia pendidikan yang aku terima. Tahun depan aku akan mula melangkah ke sekolah untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

Blog ini aku khaskan untuk anak-anakku pada masa hadapan agar mereka memahami perjuangan ayah mereka ini.

Buat almarhum ayahanda yang dikasihi, YTM Raja Abdul Rahman bin Raja Abdul Jalil, untaian doa ku kirimkan setiap masa semoga rohmu dicucuri rahmat dan keredhaan dari Allah SWT. Terima kasih di atas segala didikan yang telah engkau berikan kepadaku. Akan aku sebarkan ilmu ini agar menjadi amal jariah buatmu sehingga ke akhir masa.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, aku memulakan blog yang dinamakan Sekolah Atap ini untuk tatapan semua.

Awwal Kalam

Ini adalah permulaan aku untuk menulis dalam ruangan maya yang dinamakan blog. Di ruangan ini, aku ingin jadikan medan untuk merakam liku-liku hidup aku sebagai guru. Agar segala pengalaman sama ada pahit mahupun manis dapat di kongsi bersama.

6 Disember 2008 adalah hari terakhir untuk aku berada di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH). Sepanjang aku mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di sini, terlalu banyak pendedahan dalam dunia pendidikan yang aku terima. Tahun depan aku akan mula melangkah ke sekolah untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

Blog ini aku khaskan untuk anak-anakku pada masa hadapan agar mereka memahami perjuangan ayah mereka ini.

Buat almarhum ayahanda yang dikasihi, YTM Raja Abdul Rahman bin Raja Abdul Jalil, untaian doa ku kirimkan setiap masa semoga rohmu dicucuri rahmat dan keredhaan dari Allah SWT. Terima kasih di atas segala didikan yang telah engkau berikan kepadaku. Akan aku sebarkan ilmu ini agar menjadi amal jariah buatmu sehingga ke akhir masa.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, aku memulakan blog yang dinamakan Jurnal Abu Hasif ini untuk tatapan semua.