Wednesday, March 21, 2012

Hebahan Jemputan Ke Mesyuarat Agong PIBG SK Muhammad Jabar

(template ihsan dari web)

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga dan guru-guru SK Muhammad Jabar, Raub. Mesyuarat Agong PIBG akan diadakan pada masa dan tarikh yang dipaparkan di atas. Anda semua dijemput hadir untuk melancarkan lagi perjalanan program ini.



Tuesday, March 20, 2012

SK Muhammad Jabar Menerima Tawaran Baru 2011 - NKRA KPM

NKRA merupakan satu inisiatif baru bagi membangunkan serta memartabatkan sistem perkhidmatan kerajaan Malaysia. Inisiatif baru ini adalah hasil cetusan idea oleh Perdana Menteri kita, Y. A. B Dato’ Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak.

NKRA adalah singkatan kepada National Key Result Area atau dengan kata lainnya adalah Bidang Keberhasilan Utama Negara. NKRA ini merupakan satu inisiatif baru di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mana untuk meningkatkan mutu perkhidmatan agensi kerajaan sebagai kayu ukur ke arah perkhidmatan yang lebih efisyen dan berdaya saing. Terdapat 6 agensi kerajaan yang terlibat dalam inisiatif NKRA ini dan Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan salah satu darinya di bawah NKRA Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar.

Di bawah NKRA KPM, terdapat 4 sub-NKRA iaitu

1. Prasekolah - peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - Tawaran Baru / bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Bagi penganugerahan Tawaran Baru 2011, SK Muhammad Jabar telah layak untuk ditawarkan Tawaran Baru ini. Segala usaha guru-guru dan staf sekolah diiktiraf oleh Kementerian.

Semoga dengan penganugerahan ini, semua warga sekolah akan terus bersemangat untuk melonjakkan lagi prestasi sekolah sehingga mencapai misi SK Muhammad Jabar diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2015. InsyaAllah..




Thursday, March 8, 2012

Guru Penyayang..

Pada hari ini telah berlangsung pelancaran Program Guru Penyayang peringkat SK Muhammad Jabar. Program dimulakan dengan guru-guru berkumpul di sekolah seawal 6.45 pagi bagi menyambut kedatangan murid-murid dan penjaga ke sekolah.

Murid-murid yang hadir ke sekolah pada hari ini dihadiahkan sekeping penanda buku sebagai momento.

Program diteruskan dengan gimik pelancaran, didahului dengan ucapan alu-aluan dari Guru Besar SK Muhammad Jabar.

Semoga dengan perlaksanaan program seperti ini dapat menggalakkan interaksi mesra sesama guru dan murid-murid.