Tuesday, January 31, 2012

Jurnal Abu Hasif


Salam Maulidur Rasul..

Blog baru menjengah sempena tahun 2012 ini. Namun begitu, blog ini tidaklah terlalu baru. Ia merupakan serpihan dari blog asal iaitu Jurnal Sekolah Atap.

Blog ini aku dedikasikan kepada anak aku, agar mereka dapat memahami pengajaran dan aspirasi Abi mereka dengan lebih jelas bila tiba masanya nanti.

Untuk anak Abi, ambillah pengajaran yang Abi titipkan di sini sebagai bekalan masa hadapan.







Permulaan Tahun...

Tahun 2012 sudah sebulan menjengahkan diri. Bagi aku tahun 2012 bermula dengan pantas. Terasa agak ketinggalan sedikit dan lelah dalam mengejar rentak tahun baru ini.

Tugasan hakiki saban hari semakin mencabar. Komitmen yang ditagih bukan sedikit. InsyaAllah, ini semua tidak menjadi satu halangan untuk aku terus berkhidmat.

Sebagai permulaan tahun 2012 ini, aku menyasarkan gerak kerja yang lebih sistematik dan segar. Segala perancangan telah diatur seawal bulan November 2011 lagi. Kini adalah masa untuk merealisasikannya.

Rancangan Mengajar Tahunan dirangka berdasarkan keperluan sekolah. Aku akan muatnaik untuk dikongsi bersama sedikit masa lagi. Begitu juga dengan contoh pelan strategik yang pernah aku rangka semasa di Sarawak dahulu, akan turut di muatnaik untuk dikongsi bersama.

Untuk makluman rakan-rakan blogger, aku telah mengasingkan blog Jurnal Sekolah Atap ini dengan blog peribadi aku. Jurnal Sekolah Atap akan berfungsi sebagai wadah penyebaran sumber maklumat pendidikan dan satu lagi blog yang aku namakan Jurnal Abu Hasif, aku dedikasikan sebagai perkongsian aspirasi kehidupan yang ringkas tetapi signifikan ini.