Thursday, December 30, 2010

Kamek Terima Nikahnya

Janggalnya tajuk entri aku kali ni.

Walau bagaimanapun ini sekadar membezakan tajuk entri blog ini dengan blog seorang ustaz yang agak terkenal di alam siber ni.

Syukur Alhamdulillah, pada 27 November 2010, bersaksikan ahli keluarga, aku telah menerima tanggungjawab yang akan aku pikul sehingga Hari Kebangkitan kelak.

Dengan nama Allah SWT, tanggungjawab tersebut diserahkan kepadaku, dan dengan nama Allah SWT juga aku menerima tanggungjawab tersebut.

Kini, aku telah pun sah menjadi suami kepada Khairul Mufidah Ismail.

Majlis Perkahwinan aku berlangsung pada keesokkan harinya, 28 November 2010. Majlis yang berlangsung dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan itu turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai.


Ini antara koleksi gambar keluarga yang sempat dirakamkan. Kesibukan melayan tetamu yang hadir menyebabkan segelintir ahli keluarga tidak dapat bergambar bersama.


Sedikit preview gambar-gambar selepas majlis perkahwinan

Setelah selesai Majlis di pihak perempuan, pada 19 Disember 2010, berlangsung pula Majlis Menyambut Menantu di rumah pihak lelaki di Bota, Perak. Majlis penuh bermakna ini disambut dengan meriah bagi meraikan dua pasangan serentak. Aku dan adik aku berpakat untuk mengadakan majlis bersama agar ia lebih meriah dan menepati kehendak semua pihak.

Pasangan 2 pengantin
Kiri: Pasangan Raja Dain Jazlands Shah & Khairul Mufidah
Kanan: Pasangan Raja Mohamad Hisyamuddin Shah & Nabilah Raihana

Syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi di atas kurnian ini. Semoga sunnah yang turuti ini mendapat keredhaan-Nya dan dilimpahi rahmat sepanjang masa.. Amin..


Saturday, November 20, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil 2010

18 Nov 2010 : Hari ini merupakan hari persekolahan terakhir untuk sesi tahun 2010. Walaupun esok (Jumaat) masih lagi hari persekolahan, tetapi aku tetap nak anggap hari ini sebagai hari terakhir sebab pada hari ini minda dan jiwa aku masih lagi berada di Mentu Tapu ni.

Pada hari ini juga telah berlansung dengan jayanya Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil sebagai acara penutup tahun 2010. Majlis yang bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian murid ini menepati objektifnya dengan penglibatan menyeluruh para guru dan masyarakat kampung.

Berikut adalah preview gambaran suasana majlis yang berlansung pada pagi hari yang diiringi dengan hujan lebat di luar balai raya.

Justify FullGuru yang bertugas sedang memeriksa senarai nama jemputan dan penerima hadiah

Para tetamu jemputan yang terdiri dari Ketua Kaum, Guru Besar, YDP PIBG
dan Timbalan YDP PIBG

Ketua Kaum merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil 2010

Murid dari Kelab Kebudayaan mempersembahkan tarian joget sebagai selingan

Persembahan Tarian Belangi etnik Bidayuh oleh murid prasekolah

Dengan berakhirnya majlis ini, maka tamatlah sesi persekolahan 2010 bagi murid-murid. Pada tahun hadapan, pengalaman baru pula menanti, dan aku masih tetap di sini, di SK Mentu Tapu untuk meneruskan khidmat selagi terdaya.

Tuesday, November 16, 2010

Eid Al Adha



Salam Aidil Adha diucapkan kepada semua.. Semoga segala pengorbanan kita selama ini ada nilainya di sisi Allah SWT.


Menyentuh tentang pengorbanan, membuatkan aku terfikir, sebanyak mana, sejauh mana pengorbanan yang telah aku lakukan di sepanjang hidup ini..

Menginsafi kelemahan ini, aku mula melihat hikmah aku berada di sini. Jauh dari kampung halaman, melaksanakan tugas hakiki sebagai guru, menyampaikan ilmu dan mendidik.

Semoga aku sentiasa bersemangat dan tidak mengeluh. Namun aku juga manusia biasa. Sudah sifat seorang manusia sentiasa lalai dan leka.

Majlis Perpisahan....



Saspen sikit tajuk entri ni..

Ini majlis perpisahan murid tahun 6. Bukan majlis perpisahan guru. Maklum lah, keputusan pertukaran guru sudah diumumkan pada 15 Nov lepas, jadi rasanya ramai rakan-rakan guru yang dapat bertukar ke negeri atau daerah pilihan, bergantung kepada alasan masing-masing.



Majlis sederhana ini dianjurkan sebagai acara tahunan untuk murid tahun 6. Oleh kerana peratusan UPSR pada tahun ini mengalami penurunan yang ketara, maka suasana majlis yang aku rakamkan ini agak suram dan kurang ceria.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar. Antara kandungan ucapan beliau adalah meliputi analisa pencapaian UPSR 2010, penempatan murid-murid ke tingkatan 1 iaitu ke SMK Tebakang dan makluman tentang pembinaan sekolah baru di daerah Serian iaitu SMK Lobang Batu dan SMK Tebedu.

Seterusnya ucapan dari YDP PIBG, En. Kustin. Ucapan sepenuhnya dalam bahasa Bidayuh. Walaupun begitu, dengan kemahiran berbahasa Bidayuh Band 3 yang aku miliki, dapat lah aku simpulkan intipati ucapan beliau, antaranya menyentuh tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak kerana anak-anak merupakan pelaburan mereka pada masa depan. Anak-anak juga diingatkan supaya sentiasa mengutamakan pelajaran dan berusaha menimba ilmu selagi termampu. YDP PIBG ini memang berucap selayaknya kerana 2 orang anak beliau, Bettina Joseline dan Gloria Avila, mempunyai rekod keputusan yang baik di dalam setiap ujian.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.. Gambar untuk acara ini tidak ada sebab aku pun nak makan juga. Jadi, untuk acara ni abaikan jela.. Akan menyusul entri selepas ini, Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Tahun 2010..

Friday, November 12, 2010

Majulah Sukan Untuk......


10 - 11 November 2010 : SK Mentu Tapu dengan kerjasama PIBG dan penduduk kampung Mentu Tapu telah berjaya menganjurkan Hari Sukan Tahunan Ke-26 dengan jayanya. Pelbagai acara telah diatur dan segalanya berjalan dengan lancar. Kerjasama yang diberi oleh semua guru dan warga kampung amat membanggakan.


Terdapat sedikit kelainan dalam penganjuran sukan tahunan pada kali ini. Kelainan yang dimaksudkan adalah penglibatan ibu bapa yang lebih menyeluruh. Hal ini terserlah dengan berlakunya beberapa insiden "pertengkaran mesra" antara guru (aku la tu) dan ibu bapa berkaitan dengan peraturan pertandingan dan kedudukan anak mereka semasa acara dijalankan (Cikgu Dain ni strict sikit kalau bab berkaitan peraturan). Walau bagaimanapun, semangat kemesraan tetap terjalin. Insiden seperti ini telah mempamerkan semangat dan keprihatinan ibu bapa dan guru bagi memastikan kelancaran setiap acara yang diatur.


Terima kasih kepada ibu bapa yang prihatin membantu guru memberi pertolongan kecemasan kepada murid yang pengsan dan cedera, walaupun itu bukan anak mereka. Keprihatian ini amat mengkagumkan.



Tahniah kepada rumah merah kerana berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun ini. Rumah biru juga tidak kurang hebatnya kerana berjaya memperbaiki kedudukan dari nombor incit kepada nombor taruh..

Berikut adalah preview gambar-gambar pada Hari Sukan SK Mentu Tapu 2010.

Model rumah biru. Tema kontigen China

Murid berkumpul di khemah masing-masing

Model rumah merah dengan tema etnik bidayuh

Perbarisan kontigen rumah sukan

Kontigen rumah sukan

Bacaan ikrar kejohanan

Guru Besar memulakan nyalaan obor kejohanan

Cikgu Izuan memeriksa daftar atlet

Cikgu Sata memberi penerangan tentang acara sukaneka

Acara paling lucu. Belon ditiup tidak meletup

Sukaneka untuk murid tahun 5 dan 6


Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010


Keputusan UPSR tahun 2010 telah pun diumumkan pada 11 Nov 2010, semalam. Tetapi memandangkan pada hari semalam SK Mentu Tapu menganjurkan Hari Sukan Tahunan, maka pengumuman keputusan terpaksa ditunda pada hari ini.


Bukan analisis keputusan yang ingin aku bentangkan di sini. Lagipun aku tidak berhasrat untuk mengulas keputusan yang dicatat oleh sekolah.

Sekadar mengabadikan suasana ketika murid-murid mengambil keputusan UPSR masing-masing. Ada yang kelihatan berduka, ada yang gembira dan ada juga yang macam tak ada perasaan.

Kepada yang memperoleh keputusan yang cemerlang, cikgu ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Hanya dakapan kegembiraan yang dapat cikgu berikan. Pada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Teruskan usaha menimba ilmu demi kecemerlangan hidup pada masa hadapan. Cikgu harap kamu semua jangan berhenti belajar setakat ini sahaja dan lepas ini turun ke kebun. Perjalanan kamu masih jauh lagi. Ingat setiap pesanan yang diberi oleh guru-guru yang lain.

Tidak lupa juga kepada anak buah aku, Raja Nuratasha binti Raja Ahmad Anuar. Tahniah dari Pak Anjang sebab kakak berani sahut cabaran Pak Anjang dan berjaya buktikan kemampuan kakak dengan mencatat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Nanti Pak Anjang paw Mak Anjang untuk bagi kakak hadiah.. hahaha..


Monday, November 1, 2010

Dengan rasa penuh kesyukuran..

Alhamdulillah.. rasa kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana anugerah ini. Setelah sekian lama berdoa, merancang dan berusaha, akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaanku.

Tidak lama lagi aku akan melangsungkan perkahwinan. Segala persiapan sedang giat dilakukan. Semoga segalanya akan berjalan lancar dan mendapat keredhaan dari-Nya.

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."
(Petikan doa dari surah al-Furqan 25, ayat 74)

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan
hamba-hambaMu yang soleh."

(Petikan doa dari surah an-Naml 27, ayat 19)

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

Kepada guru-guru, sanak saudara dan sahabat handai, kalian diundang untuk bersama meraikan Walimatulurus kami ini. Semoga doa yang kalian titipkan terus menaungi majlis kami ini.

28 Nov 2010 (Majlis Akad Nikah & Perkahwinan)
No. A-54
Kampung Bohor Baru
28200 Mengkarak
Pahang

19 Dis 2010 (Majlis Sambut Menantu)
No. 3 Jalan Kencana
Taman Indera Barat
32600 Bota
Perak

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Menduduki UPSR 2010

Usaha sudah dimulakan sejak dari awal tahun..
Tunjuk ajar sudah diberi setiap masa..
Nasihat sudah dibisikkan setiap kali mata bertentang..
Sekarang, terpulang kepada murid-murid untuk menghadapinya..

Selamat Menduduki UPSR untuk murid tahun 6 SK Mentu Tapu.

Tuesday, August 10, 2010

Klinik UPSR 2010

30 Julai 2010 – Sebagai persiapan menghadapi UPSR yang bakal tiba, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Mentu Tapu telah bersama menjayakan program Klinik UPSR untuk meningkatkan motivasi murid di samping mengeratkan talian kerjasama antara guru dan ibu bapa. Program ini telah berlangsung selama 2 hari dan semoga matlamat program ini akan tercapai dan terbukti melalui pencapaian UPSR 2010 nanti.






Monday, August 9, 2010

CISS


Beberapa hari yang lalu, aku baru selesai memasang benda ni di printer aku. Walaupun dah lama aku beli benda ni, tetapi belum ada masa untuk pasang. Walau bagaimanapun, pada hujung minggu yang lalu, aku tiba-tiba je terlebih rajin, maka berjaya juga aku memasangnya.

Pada mulanya aku tak teringin nak pasang, tetapi disebabkan keperluan yang mendesak, ditambah pula dengan kadar penggunaan printer yang maksimum, maka aku terpaksa juga memasang CISS ni.

CISS atau Container Ink Supplier System, memang menjimatkan. Cara memasangnya juga sangat mudah. Tidak perlu bazirkan RM60 untuk upah memasang di kedai komputer.

CISS berharga RM60, lengkap dengan peralatan pemasangan dan ink tersedia amat berbaloi untuk kegunaan harian aku.


Wednesday, May 26, 2010

Sambutan Hari Guru yang penuh makna..

26 Mei 2010 – Sambutan Hari Guru peringkat sekolah berjalan dengan lancar. Ia satu pengalaman yang bermakna untuk tahun ini. Perasaan gembira, terharu dan bersemangat bercampur baur. Berikut adalah gambar suasana sekitar sambutan. (kualiti kamera handset).




Murid-murid menunggu majlis bermula dengan penuh sabar

"Pendidik bumi kenyalang, berdiri teguh berjanji tetap setia..."

rakan-rakan..

murid-murid yang berbakat..

acara potong kek.. biasa je, tp penuh makna..

sukaneka bersama PIBG dan guru..

pasukan kelab kebudayaan..


Berikut adalah video persembahan kebudayaan dari murid-murid tahun 5..






Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik.. Kemeriahan sambutan ini memberi makna keinsafan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi..