Tuesday, April 13, 2010

Ulang tahun..

Ini sebahagian hadiah yang aku terima dari murid-murid aku sempena hari lahir aku..

Terima kasih semua. Cikgu hargai pemberian kamu semua, cikgu suka.. Tapi cikgu tengah tunggu jantung pisang ni. Teringin nak makan ulam jantung pisang.. hehehe

Esok cikgu belanja satu kelas coki-coki..

Ulang tahun..

Ini sebahagian hadiah yang aku terima dari murid-murid aku sempena hari lahir aku..

Terima kasih semua. Cikgu hargai pemberian kamu semua, cikgu suka.. Tapi cikgu tengah tunggu jantung pisang ni. Teringin nak makan ulam jantung pisang.. hehehe

Esok cikgu belanja satu kelas coki-coki..

Wednesday, April 7, 2010

Mencontohi teladan dari yang terbaik

“Saya setuju dengan kaedah P&P yang cikgu jalankan.”

Itu komen membina untuk aku semasa berbincang dengan Guru Besar tentang sesi pencerapan yang dilakukan minggu lepas. Sebagai tunas muda yang baru berusia 3 tahun, tidak selayaknya lagi untuk digelar berpengalaman, apatah lagi pakar.

Aku akur dengan kenyataan itu. Sudah semestinya aku sentiasa memperbaiki diri untuk tampil lebih baik dalam sesi P&P.

Cara aku mengajar sekarang banyak dipengaruhi oleh cara seorang guru yang sering menjadi tempat rujukan aku. Guru Besar sendiri akui dan mengggalakkan supaya mengikut contoh yang baik. Tetapi agak menyedihkan kerana guru tersebut sedang terlantar sakit akibat strok. Pada pandangan aku, dia yang terbaik walaupun dia hanya guru biasa tanpa jawatan di sekolah.

Dia mengajar aku tentang sesuatu yang tiada dalam mana-mana buku pedagogi pendidikan. Mutiara ilmu yang hanya diperolehi dari pengalaman 15 tahun mengajar di pedalaman. Ilmu itu aku kutip sebagai bekalan di sepanjang kerjaya dalam bidang pendidikan.

Aku berusaha menyediakan modul yang sesuai sebagai garis panduan untuk memudahkan aku melaksanakan P&P secara berkesan tanpa menghadkan kreativiti dalam mengajar.

“Perlu ke modul seperti itu?”

Ada juga yang bertanya sedemikian kepada aku. Terpulang kepada cara masing-masing. Modul ini merupakan gabungan antara kaedah mengajar yang terbukti berkesan yang telah aku praktikkan dan latihan-latihan pengayaan mengikut aras. Just a simple module for dummies.