Wednesday, May 26, 2010

Sambutan Hari Guru yang penuh makna..

26 Mei 2010 – Sambutan Hari Guru peringkat sekolah berjalan dengan lancar. Ia satu pengalaman yang bermakna untuk tahun ini. Perasaan gembira, terharu dan bersemangat bercampur baur. Berikut adalah gambar suasana sekitar sambutan. (kualiti kamera handset).




Murid-murid menunggu majlis bermula dengan penuh sabar

"Pendidik bumi kenyalang, berdiri teguh berjanji tetap setia..."

rakan-rakan..

murid-murid yang berbakat..

acara potong kek.. biasa je, tp penuh makna..

sukaneka bersama PIBG dan guru..

pasukan kelab kebudayaan..


Berikut adalah video persembahan kebudayaan dari murid-murid tahun 5..






Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik.. Kemeriahan sambutan ini memberi makna keinsafan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi..

Friday, May 21, 2010

Belasungkawa Ayahanda Tercinta


Segalanya masih segar dalam ingatan.

1991
Masih segar di ingatan sewaktu abah membawa aku ke kedai kasut di Tanah Rata untuk membeli kasut sekolah kerana aku akan memasuki Darjah 1 pada tahun ini. Dia memakaikan aku baju, menyapu bedak ke pipi ku dan meminyakkan rambut aku.

Tahun ini juga aku mula dihantar untuk belajar Al-Quran secara serius dengan seorang rakan abah di kuarters JKR Brinchang. Sebelah malam, abah pula dengan garangnya akan mengajar membaca Al-Quran.

Aku disengat tebuan. Ini semua disebabkan kenakalan aku sendiri yang suka mengganggu sarang tebuan yang terdapat di belakang rumah. Abah bergegas membawa aku ke Hospital Desa Cameron Highlands dengan motosikal Suzukinya.

1993
Abah merotan aku dan adik sebab ponteng kelas mengaji Al-Quran. Maafkan saya abah. Ini satu penyesalan yang sehingga kini masih menyesakkan dada.

1996
Keputusan UPSR diumumkan hari ini. Dari pagi lagi abah sudah menunggu di pagar sekolah untuk mengetahui keputusan yang aku perolehi. Aku juga berdebar-debar. Akhirnya penantian itu berakhir dengan kegembiraan. Keputusan cemerlang 4A UPSR aku hadiahkan kepada abah dan kegembiraan abah menceriakan kami sekeluarga.

Terlalu banyak kenangan bersama abah. Ia tetap tersemat kukuh dalam ingatan. Aku puas dengan kasih sayang dan didikan yang abah berikan. Semoga Allah SWT merahmati rohnya dan menempatkan dia di kalangan kekasih-Nya.

Aku di sini meneruskan hidup, menyebarkan ilmu yang abah pernah titipkan ke dalam diri ini, sebagai tanda ingatan kasih yang berkekalan. Semoga ia menjadi amal jariah berterusan untuk abah di alam sana.

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Surah Al-Fajr, ayat 27-30)

AL-FATIHAH untuk Ayahanda tercinta
Al-Marhum Raja Abdul Rahman bin Raja Abdul Jalil
10 Feb 1947 – 30 Mei 2003

Friday, May 14, 2010

Merakyatkan Profesion Perguruan


16 Mei 2010 - Tahun ke-3 aku menyambut Hari Guru dalam posisi sebagai seorang guru..

Sambutan Hari Guru ini mengandungi terlalu banyak makna. Bagi aku ia sebagai saat terbaik untuk memuhasabah diri tentang tanggungjawab yang dipikul selama ini..

Adakah ia dilaksanakan dengan penuh dedikasi atau sekadar boleh sahaja..

Adakah aku sudah melakukan yang terbaik untuk mendidik dan membentuk murid-murid mengikut acuan yang betul..

Adakah didikan yang aku beri memberi kesan yang positif kepada murid..

Persoalan seperti ini memerlukan muhasabah diri yang jujur dan mendalam.

Profesion guru bukan satu lelongan untuk semua. Ia juga bukan hak eksklusif sesetengah individu. Tugas mendidik ini perlu dipikul oleh semua pihak demi kemenjadian sahsiah generasi akan datang.

Merakyatkan profesion perguruan agar masyarakat bersama bertanggungjawab dalam mendidik generasi masa kini. Guru-guru pula bukan hanya mengajar ikut buku sahaja, sekadar menghabiskan silibus. Ibu bapa tidak melepaskan tanggungjawab mereka kepada guru semata-mata untuk mendidik anak-anak mereka, malah bersama guru dan menyokong setiap usaha yang dilakukan..

Selamat Hari Guru untuk semua.. tidak lupa juga kepada para sahabat pendidik yang berada di kawasan pedalaman di seluruh negara..