Saturday, June 27, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa


Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji ku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
..............................................................................................

Ni lagu tema Hari Guru tahun ni.. Rangkap pertama tu memang memberi kesan mendalam. Cabaran mengajar di kawasan pedalaman memang menduga kesabaran. Kepada rakan-rakan di pedalaman, selamat mengajar. Semoga pengorbanan anda mendapat keredhaan-Nya..

Bodoh betul budak ni..

Minta maaf sekiranya tajuk post aku ni agak kasar sikit. Tapi sebenarnya aku nak cerita sikit tentang sikap segelintir sahabat seperjuangan yang lancang sungguh mulut berkata-kata.

Aku akui, mengajar ni bukan satu tugas yang mudah. Dalam satu kelas tu bukan semua murid-murid pandai. Dalam satu sesi P & P, jika 1 objektif saja yang tercapai, itu sudah kira bagus..

Aku cukup tidak suka bila ada rakan-rakan yang cepat melabel anak murid sendiri. Dengar saja nama budak ni, mereka akan cepat kata, budak ni dah tak boleh buat apa-apa dah, biarkan je... Guru seperti ini dah tersungkur sebelum berusaha.

Kita tidak seharusnya cepat melabel anak murid sendiri. Setiap murid seharusnya diberi peluang untuk mendapat didikan yang sama dengan murid-murid yang lain. Murid yang lemah seharusnya diberi perhatian yang lebih. Asuhlah mereka sehingga ke akhirnya..

Umpama seekor ayam yang sedang mengeramkan telurnya. Walaupun diletakkan telur itik sekalipun, ia akan tetap mengeramkan telur tersebut. Jika ada telur yang bergolek keluar, akan dikuis dengan kepak agar kembali ke dalam eramannya. Apabila telur menetas, barulah diketahui yang mana telur tembelang.


Wednesday, June 17, 2009

Belacan dan Jantung Pisang

16 Mei.. buat pertama kalinya aku meraikan tarikh ni sebagai seorang guru.. tarikh ini diingati setiap tahun sebagai satu azam untuk para pendidik meneruskan usaha mendidik anak bangsa.

Umpama satu kemestian, murid-murid pasti akan memberi hadiah kepada guru-guru yang dekat di hati mereka. Aku sebagai seorang guru baru, tidak ketinggalan mendapat hadiah dari anak murid aku.

Aku hargai setiap pemberian dari anak murid aku. Tidak kira walau apa pun pemberian mereka, aku terima..

Dalam banyak-banyak hadiah tu, ada satu hadiah yang amat aku suka, belacan Bintulu dan jantung pisang. hehehe

Tak sangka, anak murid aku ingat makanan kegemaran aku ni. Mungkin sebab dia pernah datang ke rumah masa aku sedang masak. Dia tahu aku selalu buat sambal belacan dan selalu ronda kampung untuk cari jantung pisang, pucuk paku dan pucuk ubi..

Terima kasih semua sebab bagi cikgu hadiah yang menarik ni..