Wednesday, March 31, 2010

Pen merah..

Kenapa pen merah?

Bagi aku pen merah ni amat unik. Pernah suatu hari tu aku pergi pasar untuk beli ikan. Apabila masuk pasar, peniaga di situ terus menegur, “mau beli ikan apa, cikgu?”. Amboi.. di dahi aku ni ada cop mohor GURU ke. Mudah sangat orang teka pekerjaan aku.

“Macam mana kitak tau kamek cikgu?”
“Nah, mun ada pen merah nya tok cikgu la”

Aku menjeling pen merah yang masih lagi terselit di kocek baju aku. Betul juga kata bujek ni. Rasanya cikgu sahaja yang sentiasa menyelit pen merah di kocek baju. Pen merah sudah menjadi seperti identiti.

Pen merah diperlukan semasa memeriksa kertas dan buku latihan murid. Pen merah aku lebih banyak dari pen hitam atau biru. Ada kalanya aku terfikir, adakah aku ini seperti pen merah. Berfungsi sekadar untuk menanda yang betul dan memangkah yang salah tanpa membetulkan yang salah itu.

Itu sekadar analogi sahaja. Aku tidak akan biarkan diri aku berfungsi seperti pen merah. Tugas aku adalah untuk mendidik. Tugas inilah yang sentiasa aku pikul walau di mana sekalipun aku berada.

Kamus Bahasa Bidayuh
Bujek : pakcik

Mujur la...

Untuk tunangku tersayang..

Mujur la abah awak tak pernah tanya macam ni kat saya.. Tapi speaking sikit-sikit dengan saya tu ade la.. Saya ni cuma sekadar guru biasa, yang mengajar di pedalaman. Hanya ada sedikit keikhlasan dan semangat untuk dikongsi bersama dengan insan-insan tersayang.. Terima kasih kepada bakal mertua sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada diri ini untuk menjaga puteri kesayangan mereka ni..

Sunday, March 28, 2010

Kenapa enggan berubah?

Biasanya individu seperti ini malas untuk menghadapi rintangan-rintangan yang bakal dihadapi sekiranya mereka berubah daripada satu aktiviti yang biasa dilakukan kepada perubahan yang baru. Selain itu mereka juga kurang berkeyakinan terhadap hasil yang akan diterima nanti sama ada perubahan itu berkesan atau sebaliknya.

Faktor senioriti menyebabkan seseorang individu baru yang ingin membawa perubahan tidak diterima. Alasannya, mereka yang lama lebih memahami keadaan sekolah dan perubahan yang cuba dilakukan dianggap tidak berkesan

Faktor kurang berkeyakinan terhadap kemahiran dan kebolehan dalam mengaplikasikan teknologi baru seperti penggunaan komputer. Ada juga di antaranya yang takut terhadap penggunaan komputer dan tidak mahu belajar menggunakannya kerana ruang waktu yang sedikit untuk mempelajarinya

Salah konsep dalam P & P Sains

Cikgu : apakah yang terjadi kepada matahari pada waktu malam?
Murid : matahari berada di sebelah hemisfera lain.
Cikgu : apakah yang terjadi kepada bulan dan bintang pada waktu siang?
Murid : pada waktu siang bulan dan bintang tiada.

Ini adalah berdasarkan pengalaman aku mengajar Sains. Salah faham murid dalam konsep Sains amat ketara. Pada aku, ini merupakan satu situasi yang serius.

Mengubah salah konsep murid bukanlah perkara mudah kerana kajian menunjukkan murid berpegang teguh dengan salah konsep mereka. Salah konsep ini akan diubah oleh murid sendiri sekiranya didapati berbeza dengan pengajaran guru di bilik darjah. Walau bagaimanapun pengajaran dibuktikan hanya mampu mengubah sebahagian daripada salah konsep murid manakala sebahagian yang lain masih kekal. Jika salah konsep diabaikan, murid mungkin keliru dan tidak dapat menerima pengajaran guru. Selain itu murid mungkin menghafal fakta untuk lulus peperiksaan. Oleh sebab fakta ini tidak digabungkan dengan pengetahuan sedia ada murid, fakta berkenaan hanya dapat diingat dalam jangka waktu yang singkat. Hal ini bermakna salah konsep murid tidak berubah walaupun murid lulus dengan cemerlang.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan ialah, guru memberikan bukti (eksperimen) bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk menerangkan sesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.

Oleh itu guru perlu mengenal pasti salah konsep murid, merancang strategi untuk menangani salah konsep ini dan membina teknik penilaian yang mengambil kira sejauh mana murid dapat menyerap konsep sains yang diajar.

Selain itu guru juga perlu mengubah peranannya daripada ‘penyampai maklumat’ kepada penyelidik dan pemudah cara. Sebagai penyelidik guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara guru perlu membimbing agar murid dapat mempelajari sesuatu dengan bermakna. Guru juga tidak dianggap sebagai pakar yang cuba menyumbatkan pengetahuan ke dalam minda murid sebaliknya peranan guru adalah sebagai peransang sifat ingin tahu murid, pencabar konsep sedia ada murid, sumber maklumat dan juga rakan penyiasat. Hal ini bermakna murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran. Perubahan peranan guru sebegini akan memberi peluang kepada murid membina potensi diri dan kreativiti dalam segala aspek.

kredit : Pn. Hjh. Roslizah A. Samad

Tuesday, March 23, 2010

Guru juga ada perasaan..

Kerap kali aku dengar keluhan guru yang mengatakan murid-murid sekarang sudah hilang rasa hormat pada guru. Dalam sehari pasti ada keluhan seperti itu yang menerjah gegendang.

Kata mereka, “dulu bila nampak kelibat cikgu, murid pasti menyimpang ke arah lain kerana tidak mahu bertembung dengan cikgu.”

Kata mereka lagi, “dulu bila cikgu bercakap, murid akan dengar dan tunduk memandang lantai.”

Mereka kata lagi, “dulu murid tidak berani melawan cakap cikgu, apatah lagi memukul guru.”

Dan dulu yang bermacam-macam lagi..

Tetapi itu dulu, zaman dan situasi sekarang sudah banyak berubah. Psikologi murid tahun 90’an dan tahun 2000 sudah tidak sama. Jika dahulu hubungan murid dan guru seperti ‘ibu bapa ke-2’, tetapi sekarang tidak lagi. Guru dilihat hanya berfungsi sebagai penyampai ilmu di sekolah, sebagai batu loncatan untuk murid berjaya dalam peperiksaan. Mungkin ini tidak benar, tetapi itu yang aku nampak dan berlaku di depan mata aku.

Di mana silapnya.. Jangan menunding jari kepada orang lain. Guru-guru perlu muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.

Di saat guru mengherdik murid di atas kesalahan yang mereka lakukan, waktu itu rasa hormat murid kepada kita sudah mulai terhakis..

Di waktu guru menjatuhkan hukuman secara fizikal kepada murid, di waktu itu juga kita telah menanam rasa benci dalam diri murid..

Apabila guru menyuruh murid berdiri di atas kerusi atau di luar kelas, kita telah mencabul hak murid tersebut untuk belajar..

Jangan dimarahi murid yang lembam, jangan diherdik murid yang nakal. Mereka datang ke sekolah untuk minta diajar dan dididik, bukan dimarahi atau diherdik..

Zaman sudah berubah. Zaman guru menghayun rotan, menyingsing lengan baju, bertempik umpama gajah sudah berlalu. Guru di sekolah bukan untuk ditakuti, tetapi untuk didekati oleh murid. Ilmu yang disampaikan oleh guru, disebarkan tanpa halangan, tidak kira masa dan tempat, di bawah pokok atau di kaki lima.

Apabila murid mendekati guru, berborak umpama rakan, jangan disalahtafsirkan sebagai tidak hormat. Apabila murid membetulkan kesilapan guru, guru janganlah melenting mempamerkan keangkuhan di atas kelemahan diri sendiri. Ini perubahan zaman yang guru perlu terima dan cerna sebaiknya. Pastikan sahsiah seorang guru itu sentiasa mampu menjadi suri tauladan kepada murid.

Penghormatan bukan diminta, tetapi diberi apabila kita berhak untuk menerimanya.

Monday, March 22, 2010

Nasi putih dan kicap

Bila tengok murid-murid menjamu selera waktu rehat di sekolah tadi, aku teringat masa aku sekolah dulu. Bekal yang aku bawa ke sekolah dulu tiada beza dengan bekal yang murid-murid aku bawa sekarang. Nasi putih dicampur dengan kicap dan ikan goreng separuh. Itu lah makan pagi kegemaran aku dan ia dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat sepermainan, Razak, Fariq, Imran, Atan, Eruan.

Makanan yang ringkas tetapi menyelerakan bila makan bersama sambil berbual kosong dan ketawa di belakang kantin sekolah. Kadangkala aku tidak sempat untuk menyiapkan bekal makanan untuk ke sekolah sebab terlewat bangun. Aku tidak harapkan emak untuk menyiapkan bekal, aku dan adik-adik boleh lakukan sendiri. Bagi diri aku dan adik-adik, nasi putih, kicap dan ikan goreng separuh sudah mencukupi sebagai bekal. Kalau rajin sikit, aku goreng nasi dengan bawang. Itu makanan pagi yang menyelerakan untuk kami adik beradik.

Kini kenangan tersebut kembali terbayang di depan mata bila melihat telatah murid. Kenangan ini tidak akan hilang kerana dari situ terbitnya jati diri yang mendidik jiwa ini.

Ini nasihat aku kepada murid-murid aku. Kehidupan zaman bersekolah ni cuma sebentar sahaja. Belajarlah bersungguh-sungguh, bermainlah sepuas-puasnya, kerana suatu hari nanti kamu pasti akan menoleh ke belakang untuk menilai setiap perkara yang telah kamu lakukan. Oleh itu, pastikan kamu tidak melakukan perkara yang akan kamu sesali di kemudian hari.

Friday, March 19, 2010

Penuh makna..

Syukur Alhamdulillah.. Pada 17 Mac yang lalu, telah berlangsung majlis pertunangan antara aku dengan gadis pilihan hatiku yang bernama Khairul Mufidah Binti Ismail. Setelah lama berkenalan, dengan restu keluarga, maka janji ikatan pertunangan dimeterai dalam majlis yang sederhana, tetapi penuh makna dan harapan dari kedua-dua keluarga.

Ini merupakan permulaan hidup baru untuk aku. Semoga kehidupan selepas ini lebih bermakna untuk aku, ibuku dan keluarga dengan limpahan rahmat dari Allah SWT. Untuk tunangku yang dikasihi dan bakal ibu bapa mertua sekeluarga, terima kasih di atas kepercayaan yang diberi kepadaku.

Emak menyarungkan cincin pertunangan ke jari bakal menantu

Bergambar kenangan bersama sebahagian dari ahli keluarga pihak lelaki

Semoga jodoh ini berkekalan dan dirahmati Allah SWT..

Sunday, March 14, 2010

Hidup dengan rasa bersyukur 2

Kali ini aku hendak berbicara tentang topik di atas, walaupun aku pernah sentuh sedikit tentang topik ini dalam post yang terdahulu.

Ramai sahabat-sahabat yang bertanya pada aku tentang frasa “hidup dengan rasa bersyukur” ini. Apa signifikannya sehingga kebanyakan modul motivasi yang aku olah menerapkan unsur ini.

Jawapannya di sini. Aku cuba kupas secara ringkas untuk kefahaman semua.

Frasa yang kerap menjadi tema aku ini bertunjangkan ayat Al-Quran dari surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu berkata, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Bersyukur bukan sekadar ungkapan mulut. Tetapi ia perlu diterjemahkan dengan amalan sebagai bukti kesungguhan hati ini menghargai setiap nikmat yang telah dikurniakan. Manifestasi dari rasa bersyukur ini membuahkan keinginan untuk melakukan setiap pekerjaan dengan sepenuh hati.

Bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita menjadi pemangkin untuk terus bermujahadah memperbaiki diri.

Bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan ibu bapa kepada kita menjadi pemangkin untuk sentiasa berbakti kepada mereka.

Bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan rezeki setiap hari kepada kita menjadi pemangkin untuk berkongsi rezeki ini dengan insan yang kekurangan.

Bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan kelapangan dalam hidup kita menjadi pemangkin untuk berkhidmat dengan penuh kesungguhan.

Bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik menjadi pemangkin untuk terus berusaha tanpa jemu.

Inilah manifestasi rasa bersyukur yang dizahirkan dengan penuh rasa kehambaan, hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa. Hidup dengan rasa bersyukur sememangnya signifikan dengan kehidupan di dunia yang fana ini.

“Hidup dengan rasa bersyukur” menjadi moto yang membawa pengertian tersendiri. Ia sebagai satu ingatan untuk terus berusaha sebaik mungkin, dengan kesungguhan yang jitu, sebagai bukti hamba yang mencintai Tuhannya..