Tuesday, February 23, 2010

Imbas Kembali


Hari ini tiba-tiba saja aku teringat pada pengalaman lama semasa belajar dulu. Esok 24 Februari. Genap lima tahun pengalaman bermakna yang telah lama aku tinggalkan. Pengalaman ini begitu berbekas di hati sehingga mempengaruhi pandangan aku terhadap kehidupan sekarang.


Berbicara tentang pengalaman, aku suka mengajak sesiapa yang membacanya untuk menilai dan memikirkan sesuatu. Pengalaman yang aku lakar ini pernah di post dlm blog aku yang terdahulu. Tetapi oleh sebab blog tersebut sudah tidak releven, maka ia ditamatkan..

24/3/05 jam 9 pagi, aku memulakan rutin biasa untuk mengumpul data bagi menyiapkan projek sarjana muda di jeti Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS. Seperti biasa, aku dan sahabat memulakan rutin check sebelum melakukan scuba diving. Scuba diving untuk kali yang entah ke berapa, aku pun tak ingat. Bukan aku tak ada buku log, tetapi kebanyakan selaman tidak dicatatkan.

Scuba diving merupakan aktiviti yang paling aku suka. Kalau anda semua berpeluang untuk pergi diving, tentu faham apa yang aku maksudkan. Menyelam ke dasar laut mengajar aku banyak perkara. Mengajar aku tentang tawakal, kesabaran dan tawaduk. Apabila berada di dasar laut, penggantungan nyawa hanya pada Allah SWT. Keadaan diri sentiasa bersedia. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, aku mohon semoga Allah SWT menerima aku dengan penuh rahmat dan keredhaan-Nya. Aku kata begini sebab aku dah merasai saat-saat cemas di dasar laut. Hanya Allah SWT tempat bergantung.

Tidak perlulah aku ceritakan di sini, biarlah aku simpan pengalaman ini sebagai salah satu catatan pengalaman untuk dititipkan kepada anak-anak aku yang akan membacanya.

Allah SWT jadikan alam ini dengan penuh keajaiban bagi mereka yg mahu berfikir.. Selain daratan, kita juga perlu menerokai lautan kerana di situ terdapat jutaan bukti kekuasaan Allah SWT. Berada di dasar laut dapat menenangkan hati aku. Seolah-olah aku berada di dalam rahim ibu untuk kali yang ke-2.. Tiada satu pun bunyi yang kedengaran. Yang ada hanyalah deruan nafas sendiri. Berenang dengan perlahan-lahan sambil meneliti keindahan dasar laut..

Kini aku kembali ke Borneo. Mencari dan mengutip kembali kenangan lama yang tertinggal di sini (Sabah & Sarawak)..

No comments:

Post a Comment