Monday, February 22, 2010

Hidup dengan rasa bersyukur..

Kadang kala terasa kepayahan dalam hidup ini. Namun semua itu terpaksa dilalui dengan keupayaan yang seadanya, yang termampu, selagi nafas nyawa masih tersisa di rengkung jiwa..

Dalam menjalani kehidupan ini, apa yang dicari sebenarnya.. Semenjak mumayyiz sehingga saat ini, masih memikirkan apa yang sebenarnya yang ingin dicapai..

Hidup dengan rasa bersyukur.. Itulah jawapan yang dicari selama ini. Tanpa rasa bersyukur sudah pasti segala yang dilakukan tiada erti kerana kurangnya penghayatan dan kesungguhan.

Syukur, perkara biasa yang kita dengar, sering diulang ungkap di mana-mana sahaja. Tetapi sejauh mana kita menghayati maknanya dalam kehidupan.

Dengan rasa bersyukur, menjadikan kita sentiasa sedar akan hakikat diri sebagai hamba. Kita amat sedar bahawa Allah SWT telah memenuhi segala keperluan fitrah dalam hidup kita. Dengan kesedaran itu, kita akan sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan sebagai bukti rasa kehambaan masih wujud dalam diri kita.

Inilah manifestasi kepada rasa bersyukur. Berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup. Agar setiap usaha itu akan menerbitkan rasa bersyukur yang teguh dan dapat dikongsi bersama dengan insan lain.

No comments:

Post a Comment