Wednesday, October 12, 2011

Aku kembali....


SK Muhammad Jabar, Dong, Raub, Pahang Darul Makmur.

5 bulan diperlukan untuk aku kembali menulis di blog ini selepas berpindah dari Sarawak pada Jun 2011 yang lalu. Aku perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Mencari teman, membuat saudara dan menyebarkan salam ukhwah kepada penduduk Raub. Dalam tempoh 5 bulan di tempat baru, banyak perkara telah berlaku.

Fasa baru dalam perjalanan karier aku sebagai guru. Ramai rakan-rakan guru yang bertanya, kenapa tidak pindah ke Perak? Bagi aku, usia perkhidmatan aku masih panjang. Tambahan pula kerajaan baru sahaja mengumumkan perlanjutan umur bersara kepada 60 tahun. Jadi, aku mempunyai banyak lagi masa untuk berkhidmat, lebih dari 30 tahun, insyaAllah jika diizinkan-Nya. Oleh itu, buat apa terburu-buru untuk pulang ke kampung halaman. Masih banyak lagi perkara yang perlu aku terokai. Masih banyak lagi tangga yang perlu aku daki.

Tapi, buat masa sekarang hati ini masih terkenangan SK Mentu Tapu dan SK Sungai Rimu.. ada sesuatu yang tertinggal di sana, pengalaman yang mengajar aku cara untuk mengajar...


4 comments:

  1. huih, baru nampak batang hidung... hehe. cmner sekolah baru..? ok ke?
    seronoknya dengar orang dapat pindah.. cmner boleh dapat pindah ni? cuba bagi tips sikit...

    baru2 ni ada isi egtukar, mintak tukar ke sabah.. tak tahu dapat ke tak.. dengar cerita pertukaran guru di sarawak dibekukan... hmm, ntahlah.

    ReplyDelete
  2. hehe..baru je nak update blog..byk tugasan di sekolah baru..

    mcm mana dpt pindah ke..isi je egtukar, lepas tu jumpa tuan PPD. berbincang dgn dia. tp nak jumpa tu jgn kosong je. kena bijak mengatur bicara.. yg penting alasan munasabah dgn bukti yg tidak diragui.. tuan PPD pun pernah jd guru, dia faham jika penjelasan kita kena pada caranya..

    berani tak jumpa tuan PPD?

    ReplyDelete
  3. sekarang ni tak berapa nak berani lagi... sebab alasan tak berapa nak kukuh lagi... dahlah baru posting tahun ni.. tapi, redha je kalau tak dapat tahun ni..

    InsyaAllah, tahun depan dah ada alasan yang lebih kukuh... dah ada keberanian kot nak jumpa PPD..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..apply saja dulu..kalau dah rezeki kita di tempat yg kita mohon tukar, mesti boleh dpt..semoga berjaya..

    ReplyDelete