Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010


Keputusan UPSR tahun 2010 telah pun diumumkan pada 11 Nov 2010, semalam. Tetapi memandangkan pada hari semalam SK Mentu Tapu menganjurkan Hari Sukan Tahunan, maka pengumuman keputusan terpaksa ditunda pada hari ini.


Bukan analisis keputusan yang ingin aku bentangkan di sini. Lagipun aku tidak berhasrat untuk mengulas keputusan yang dicatat oleh sekolah.

Sekadar mengabadikan suasana ketika murid-murid mengambil keputusan UPSR masing-masing. Ada yang kelihatan berduka, ada yang gembira dan ada juga yang macam tak ada perasaan.

Kepada yang memperoleh keputusan yang cemerlang, cikgu ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Hanya dakapan kegembiraan yang dapat cikgu berikan. Pada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Teruskan usaha menimba ilmu demi kecemerlangan hidup pada masa hadapan. Cikgu harap kamu semua jangan berhenti belajar setakat ini sahaja dan lepas ini turun ke kebun. Perjalanan kamu masih jauh lagi. Ingat setiap pesanan yang diberi oleh guru-guru yang lain.

Tidak lupa juga kepada anak buah aku, Raja Nuratasha binti Raja Ahmad Anuar. Tahniah dari Pak Anjang sebab kakak berani sahut cabaran Pak Anjang dan berjaya buktikan kemampuan kakak dengan mencatat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Nanti Pak Anjang paw Mak Anjang untuk bagi kakak hadiah.. hahaha..


No comments:

Post a Comment