Thursday, December 4, 2008

Awwal Kalam

Ini adalah permulaan aku untuk menulis dalam ruangan maya yang dinamakan blog. Di ruangan ini, aku ingin jadikan medan untuk merakam liku-liku hidup aku sebagai guru. Agar segala pengalaman sama ada pahit mahupun manis dapat di kongsi bersama.

6 Disember 2008 adalah hari terakhir untuk aku berada di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH). Sepanjang aku mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di sini, terlalu banyak pendedahan dalam dunia pendidikan yang aku terima. Tahun depan aku akan mula melangkah ke sekolah untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

Blog ini aku khaskan untuk anak-anakku pada masa hadapan agar mereka memahami perjuangan ayah mereka ini.

Buat almarhum ayahanda yang dikasihi, YTM Raja Abdul Rahman bin Raja Abdul Jalil, untaian doa ku kirimkan setiap masa semoga rohmu dicucuri rahmat dan keredhaan dari Allah SWT. Terima kasih di atas segala didikan yang telah engkau berikan kepadaku. Akan aku sebarkan ilmu ini agar menjadi amal jariah buatmu sehingga ke akhir masa.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, aku memulakan blog yang dinamakan Jurnal Abu Hasif ini untuk tatapan semua.




No comments:

Post a Comment