Friday, May 14, 2010

Merakyatkan Profesion Perguruan


16 Mei 2010 - Tahun ke-3 aku menyambut Hari Guru dalam posisi sebagai seorang guru..

Sambutan Hari Guru ini mengandungi terlalu banyak makna. Bagi aku ia sebagai saat terbaik untuk memuhasabah diri tentang tanggungjawab yang dipikul selama ini..

Adakah ia dilaksanakan dengan penuh dedikasi atau sekadar boleh sahaja..

Adakah aku sudah melakukan yang terbaik untuk mendidik dan membentuk murid-murid mengikut acuan yang betul..

Adakah didikan yang aku beri memberi kesan yang positif kepada murid..

Persoalan seperti ini memerlukan muhasabah diri yang jujur dan mendalam.

Profesion guru bukan satu lelongan untuk semua. Ia juga bukan hak eksklusif sesetengah individu. Tugas mendidik ini perlu dipikul oleh semua pihak demi kemenjadian sahsiah generasi akan datang.

Merakyatkan profesion perguruan agar masyarakat bersama bertanggungjawab dalam mendidik generasi masa kini. Guru-guru pula bukan hanya mengajar ikut buku sahaja, sekadar menghabiskan silibus. Ibu bapa tidak melepaskan tanggungjawab mereka kepada guru semata-mata untuk mendidik anak-anak mereka, malah bersama guru dan menyokong setiap usaha yang dilakukan..

Selamat Hari Guru untuk semua.. tidak lupa juga kepada para sahabat pendidik yang berada di kawasan pedalaman di seluruh negara..

No comments:

Post a Comment