Thursday, February 12, 2009

Siaran Tertunda Banjir di Mentu Tapu, Serian


Mentu Tapu, 11 Jan: Akibat dari hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama 5 hari berturut-turut, seluruh kawasan daerah Serian dan beberapa kawasan sekitarnya dilanda banjir. Beberapa buah jalan raya terpaksa ditutup kerana telah ditenggelami air.


Menurut mangsa keadaan yang tidak mahu identitinya disiarkan berkata, guru-guru yang mendiami kuarters guru di SK Mentu Tapu terkandas selama beberapa hari kerana jalan utama tidak dapat dilalui. Jambatan gantung yang menjadi laluan utama penduduk juga turut ditenggelami air.


Berdasarkan rekod tidak rasmi warga emas di kampung ini, banjir pada tahun ini merupakan yang terburuk sejak 40 tahun yang lalu. -Sumber berita Tak Bernama

No comments:

Post a Comment