Saturday, February 7, 2009

Kesuntukkan Masa

Dah genap sebulan aku mengajar di SK Mentu Tapu ni, kesuntukkan masa, kekangan fasiliti dan kekurangan pengalaman byk membantutkan rancangan pengajaran aku.

Sukar juga bagi aku untuk ubahsuai silibus ni. Nak bagi murid-murid faham satu hal, nak tarik minat murid untuk belajar juga satu hal lagi. Sape kata jadi cikgu ni senang, banyak cuti, boleh rilex-rilex.. Dangkal sungguh mentaliti orang yang macam tu.

Di sini aku bertanggungjawab untuk mengajar Sains, English, KH, Pen. Moral, Jurulatih Bola Sepak, Ketua Panitia Pen. Moral, Jurulatih ICT, Guru SBT dan terlibat untuk mengajar English dalam Projek HARUM Tahun 6..Yang terbaru, cadangan untuk bina laman web sekolah.. Banyak tanggunjawab dan banyak lagi perkara yang perlu aku belajar..

Sebut pasal belajar ni, aku sedang mengintai peluang untuk buat master. Aku nak teruskan dalam bidang aku sekarang, Sains Marin.. Kursus-kursus untuk guru ni aku belum dapat mohon lagi sebab aku takde kenderaan. Tempat-tempat kursus bukannya dekat, paling dekat kursus kat PKG Serian 60 km dari sekolah aku (aku tinggal kat kuarters, dalam sekolah la tu). Paling jauh kursus kat Simunjan, tak tau berapa km. Tapi kira-kira yang mudah jika Serian-Sri Aman 130 km, maka jarak Serian-Simunjan adalah 2 kali ganda..

Oleh itu, apa-apa hal, aku kena beli kenderaan dulu. Tak kisah la tenggiling atau kura-kura. Yang penting kenderaan tu kena ada..

Dah jadi cikgu ni aku makin teringat pada cikgu-cikgu lama aku dulu, cikgu-cikgu yang berjasa. Cikgu Zaharah, Cikgu Mazlan, Cikgu Shahrom, Cikgu Nasir, Cikgu Maimunah, Ustaz Jalil (SRK Convent Tanah Rata).. Cikgu-cikgu aku semasa di sekolah menengah juga amat berjasa pada aku.

Sekarang aku kena ajar English. Pening dengan kerenah murid-murid. Teringat kat Teacher Ros Adura (SMKAP). Dulu aku selalu ponteng kelas English dia. Selalu bagi alasan tolong cikgu kat bilik guru..hehehehe.. Aku ponteng bukan sebab malas, tapi tak minat KOMSAS English, asyik-asyik poem Road Was Not Taken je.. I'm so sorry teacher.. Now is my turn to fell that..

Mujur muka aku ni nampak garang, murid-murid tak berani buat hal. Jadi aku tak pernah hilang kawalan kelas semasa mengajar. Dari dulu pun orang kata aku ni garang.. hehehe..

Walau apa pun, perjuangan baru bermula..

1 comment:

  1. Mula aku baca part ni rasa sebak & tharu, tp tiba2 jd kelakar bila tima part ko nak beli kura2 or tenggiling tu.kahkahkakk ko beli bot laju laa dain. lagi senang!!

    ReplyDelete