Monday, January 12, 2009

Pengalaman Pertama

Hari ini genap seminggu aku melapor diri ke sekolah baru.. Oleh kerana kekangan teknologi dan masa, aku tidak dapat nak akses blog ni.. Walau bagaimana pun, dikesempatan ini, aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku dalam tempoh masa seminggu yang pertama ini.

Sampai sahaja aku di Kuching pada 4 Jan 2009, aku ditempatkan di hotel Merdeka Palace. Esoknya, semua guru yang akan ditempatkan di Sarawak menerima surat penempatan masing-masing. Aku ditempatkan di SK Mentu Tapu, Serian.. Dengar nama sekolah pun dah dapat agak sekolah ni terletak di pedalaman dengan jaringan perhubungan yang tidak sempurna.

Secara jujurnya, bila aku dapat tahu sahaja nama sekolah ni, hati aku teruji, berat juga rasa hati nak pergi. Tapi, dengan semangat yang tidak cukup cekal ni, aku teruskan juga langkah kaki.

Sampai sahaja di SK Mentu Tapu, kesabaran aku benar-benar teruji. Sekolah terletak jauh di dalam perkampungan orang bidayuh. Nak ke sekolah dari jalan besar, aku perlu berjalan kaki menyeberangi jambatan gantung, menyusuri denai dan laluan berlecak.

Semasa mula-mula sampai, aku lihat kawasan sekolah agak menarik, damai dan menenangkan. Aku diarahkan untuk mendiami rumah guru (jika layak dikelaskan sebagai rumah) yang terletak di belakang sekolah. Rumah yang kecil dan agak usang. Sepetang juga la aku bertungkus lumus mencuci rumah, menyamak rumah. Mujur la guru-guru di sini sudi membantu.

Jutaan terima kasih tidak terhingga aku ucapkan. Bukan sekadar tolong mencuci rumah, malah makan tengah hari dan malam untuk aku yang baru di sini turut disediakan. Terharu sungguh aku.

Baru seminggu aku di sini, ujian lain pula yang datang. Akibat hujan yang turun tidak henti-henti selama 5 hari, kawasan daerah Serian dilanda banjir. Aku terputus bekalan makanan, yang ada cuma mi segera je. Tapi sesungguhnya Tuhan itu Maha Pemberi Rezeki. Syukur alhamdulillah..

Sesungguhnya rezeki Tuhan ada di mana-mana. Yakin dan tawakal itulah yang paling penting. Sesuai dengan lafaz ayat-ayat seribu dinar yang tidak kering di bibir ini..



4 comments:

  1. the most valuable experience..it was cool, for me...

    the damn things, the hardship, the difficulties will teach us how to be thankful actually...i do hope to be like you, helping peoples, know the real life...

    ReplyDelete
  2. Dain..Syabas! Ko mmg dicipta mjadi pdidik.. sronok lak aku baca pjalanan kisah hidup ko kt sana..citer laaa lai weh...n put more pic erkk

    ReplyDelete
  3. mentu tapu is the best kampung i ever go, well memories...orang2 disana friendly belaka..luckily you being post there..

    ReplyDelete
  4. peteana:betul tu..mentu tapu mmg kampung yg menarik..walaupun berlainan agama,tp hubungan dgn org kampung tetap rapat seperti keluarga..

    ReplyDelete