Wednesday, December 16, 2009

1431 Hijrah

Hari ini kita mula menyambut ketibaan tahun baru hijrah 1431.. Apa makna hijrah pada diri aku selama ini.. Persoalan ini kembali bertandang di minda..

Setelah bermuhasabah, berfikir, merenung kembali perjalanan hidup yang penuh warna-warni, aku dapat simpulkan bahawa bagi aku hijrah bermaksud pengorbanan..

Apa yang telah aku korbankan selama ini bagi menepati maksud hijrah itu? Terlalu sukar untuk ditafsirkan persoalan tersebut.

Pengorbanan yang dilakukan bukan untuk dinilai oleh khalayak. Tetapi cukup sekadar menjadi iktibar diri. Biar diri ini dinilai oleh Yang Maha Mengerti. Dia mengetahui setiap pekerjaan hamba-Nya..

Aku cukup gembira dengan apa yang aku lakukan sekarang. Ia menghadirkan satu kepuasan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Istikharah ku semasa membuat pilihan ternyata amat tepat. Tuhan tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak terdaya dipikul oleh hamba-Nya. Syukur Alhamdulillah..

Ternyata Tahun Baru Hijrah kali ini menjanjikan cabaran yang besar buat aku..

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431..

No comments:

Post a Comment