Saturday, June 27, 2009

Bodoh betul budak ni..

Minta maaf sekiranya tajuk post aku ni agak kasar sikit. Tapi sebenarnya aku nak cerita sikit tentang sikap segelintir sahabat seperjuangan yang lancang sungguh mulut berkata-kata.

Aku akui, mengajar ni bukan satu tugas yang mudah. Dalam satu kelas tu bukan semua murid-murid pandai. Dalam satu sesi P & P, jika 1 objektif saja yang tercapai, itu sudah kira bagus..

Aku cukup tidak suka bila ada rakan-rakan yang cepat melabel anak murid sendiri. Dengar saja nama budak ni, mereka akan cepat kata, budak ni dah tak boleh buat apa-apa dah, biarkan je... Guru seperti ini dah tersungkur sebelum berusaha.

Kita tidak seharusnya cepat melabel anak murid sendiri. Setiap murid seharusnya diberi peluang untuk mendapat didikan yang sama dengan murid-murid yang lain. Murid yang lemah seharusnya diberi perhatian yang lebih. Asuhlah mereka sehingga ke akhirnya..

Umpama seekor ayam yang sedang mengeramkan telurnya. Walaupun diletakkan telur itik sekalipun, ia akan tetap mengeramkan telur tersebut. Jika ada telur yang bergolek keluar, akan dikuis dengan kepak agar kembali ke dalam eramannya. Apabila telur menetas, barulah diketahui yang mana telur tembelang.


1 comment:

  1. Salam Dain..
    Bila tbaca entry ko ni, aku teringat kisah mak aku. Dia juga mcm ko..pendidik anak bangsa Malaysia. Bukan niat nak memuji ibu sendiri, tp ini hakikat utk semua cikgu2. Mak aku mengajar tingkatan 5 kelas paling lemah. Ada anak muridnya yang masih x mahir membaca.Dan kerana dia adalah cikgu,dia sanggup mengajar mereka2 selepas waktu sekolah dengan menggunakan buku budak darjah 6. Dia xpernah merungut di rumah, cuma dia bsimpati..Bukan mereka minta dilahirkan kurang cerdik, tp Insyaallah dgn perhatian & didikan yang betul dia akan mjadi manusia berguna kelak..

    ReplyDelete