Saturday, March 21, 2009

Why be a teacher?

If you believe it is important to help children and young men and women acquire knowledge, skills and dispositions essential to productive and satisfying lives, then consider being a teacher.

If you burst with passion for subject and want to share that passion with others, than consider being a teacher.

If you are committed on your own lifelong learning, to an ongoing study of the art and science of your craft, then consider being a teacher.

If you appreciate a calling in which each year offers a fresh start, new beginnings and opportunity to impact lives in a positive way, then consider being a teacher.

If you truly enjoy kids, if you are able to see the best in each of them, if you are willing to persist when confronted by their recalcitrance or indifference, then consider being a teacher.

If you feel joy in seeing students learn to believe in themselves because you helped them achieve what they felt was beyond their grasp, then consider being a teacher.

If you understand that, as a teacher, you can affect eternity because it is impossible to tell where your influence stops, then consider being a teacher.

If you recognise that the giving of yourself to others and developing others can be one of the most significant and fulfilling ways in which in live your life, then consider being a teacher.

Wednesday, February 18, 2009

Aspirasi Berterusan

7.30 pagi.. Perhimpunan mingguan pada setiap hari Rabu.. Di sini tempat murid-murid menerima motivasi secara terus dari guru-guru. Setiap minggu, azam diperbaharui supaya semangat untuk terus belajar terus membara, agar aspirasi pendidikan negara dapat dijayakan tanpa batasan..

Friday, February 13, 2009

Kedamaian Hati

Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung. Awan kalau dapa dicapai..... maka saktilah aku..




-dipetik dari frasa dalam novel "Bagaikan Puteri"-


Thursday, February 12, 2009

Siaran Tertunda Banjir di Mentu Tapu, Serian


Mentu Tapu, 11 Jan: Akibat dari hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama 5 hari berturut-turut, seluruh kawasan daerah Serian dan beberapa kawasan sekitarnya dilanda banjir. Beberapa buah jalan raya terpaksa ditutup kerana telah ditenggelami air.


Menurut mangsa keadaan yang tidak mahu identitinya disiarkan berkata, guru-guru yang mendiami kuarters guru di SK Mentu Tapu terkandas selama beberapa hari kerana jalan utama tidak dapat dilalui. Jambatan gantung yang menjadi laluan utama penduduk juga turut ditenggelami air.


Berdasarkan rekod tidak rasmi warga emas di kampung ini, banjir pada tahun ini merupakan yang terburuk sejak 40 tahun yang lalu. -Sumber berita Tak Bernama

Saturday, February 7, 2009

Kesuntukkan Masa

Dah genap sebulan aku mengajar di SK Mentu Tapu ni, kesuntukkan masa, kekangan fasiliti dan kekurangan pengalaman byk membantutkan rancangan pengajaran aku.

Sukar juga bagi aku untuk ubahsuai silibus ni. Nak bagi murid-murid faham satu hal, nak tarik minat murid untuk belajar juga satu hal lagi. Sape kata jadi cikgu ni senang, banyak cuti, boleh rilex-rilex.. Dangkal sungguh mentaliti orang yang macam tu.

Di sini aku bertanggungjawab untuk mengajar Sains, English, KH, Pen. Moral, Jurulatih Bola Sepak, Ketua Panitia Pen. Moral, Jurulatih ICT, Guru SBT dan terlibat untuk mengajar English dalam Projek HARUM Tahun 6..Yang terbaru, cadangan untuk bina laman web sekolah.. Banyak tanggunjawab dan banyak lagi perkara yang perlu aku belajar..

Sebut pasal belajar ni, aku sedang mengintai peluang untuk buat master. Aku nak teruskan dalam bidang aku sekarang, Sains Marin.. Kursus-kursus untuk guru ni aku belum dapat mohon lagi sebab aku takde kenderaan. Tempat-tempat kursus bukannya dekat, paling dekat kursus kat PKG Serian 60 km dari sekolah aku (aku tinggal kat kuarters, dalam sekolah la tu). Paling jauh kursus kat Simunjan, tak tau berapa km. Tapi kira-kira yang mudah jika Serian-Sri Aman 130 km, maka jarak Serian-Simunjan adalah 2 kali ganda..

Oleh itu, apa-apa hal, aku kena beli kenderaan dulu. Tak kisah la tenggiling atau kura-kura. Yang penting kenderaan tu kena ada..

Dah jadi cikgu ni aku makin teringat pada cikgu-cikgu lama aku dulu, cikgu-cikgu yang berjasa. Cikgu Zaharah, Cikgu Mazlan, Cikgu Shahrom, Cikgu Nasir, Cikgu Maimunah, Ustaz Jalil (SRK Convent Tanah Rata).. Cikgu-cikgu aku semasa di sekolah menengah juga amat berjasa pada aku.

Sekarang aku kena ajar English. Pening dengan kerenah murid-murid. Teringat kat Teacher Ros Adura (SMKAP). Dulu aku selalu ponteng kelas English dia. Selalu bagi alasan tolong cikgu kat bilik guru..hehehehe.. Aku ponteng bukan sebab malas, tapi tak minat KOMSAS English, asyik-asyik poem Road Was Not Taken je.. I'm so sorry teacher.. Now is my turn to fell that..

Mujur muka aku ni nampak garang, murid-murid tak berani buat hal. Jadi aku tak pernah hilang kawalan kelas semasa mengajar. Dari dulu pun orang kata aku ni garang.. hehehe..

Walau apa pun, perjuangan baru bermula..